Beralih parti Lajim_Ukin

Pada 23 Julai 2012, beliau dan rombongan 25 orang bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.Pertemuan itu berhubung pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.[2][3]

Pada 27 Julai 2012,Ketua UMNO Cheras,Datuk Syed Ali menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.Jika beliau benar-benar ingin keluar daripada parti UMNO, tindakannya ibarat gunting dalam lipatan. Beliau sengaja menggunakan kemudahan di pejabat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

Sebelum ini Sabah Times melaporkan Lajim Ukin meletak jawatan sebagai Ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.Beliau masih kekal dalam UMNO.Ramai membuat spekulasi bahawa Lajim akan melompat parti untuk menyertai PKR sempena lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah.[perlu rujukan] Anwar Ibrahim membatalkan lawatan ke Kota Kinabalu kerana cuaca buruk. Malah sebuah helikopter milik orang kuat PKR, Datuk Sng Chee Hua jatuh terhempas.[4] Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dikatakan akan menyertai PKR sekali gus menyertai pembangkang [5].Sementara bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan akan melompat ke PKR . Tokoh lain ialah bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha, dan naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Maijol Mahap.[6]

Pada 28 Julai 2012, beliau mengumumkan masih lagi ahli parti UMNO. Beliau mengisytiharkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas,Sabah. Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.Namun kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno sehingga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menentukan kewajarannya. Keahlian UMNO akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Perlembagaan UMNO.Nama-nama 17 perwakilan PPS parlimen Sabah turut disenaraikan. [7]

Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufortnya atas tiket PKR.[8]